Ejen Ali Episod 1 - Misi : IRIS


Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen wanita jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

ADVERTISEMENT
Sinopsis Episod 1

Ali merupakan seorang budak lelaki berumur 12 tahun dan anak kepada encik Ghazali iaitu salah seorang daripada tiga peneraju utama bandar Cyberaya. Namun di sekolah, Ali merupakan seorang pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam kelas, selalu datang lambat ke sekolah dan tidur dalam kelas. Dia mempunyai seorang kawan baik bernama Viktor. Ali juga mempunyai seorang bapa saudara bernama Bakar yang secara rahsia merupakan seorang ejen kombat agensi MATA. Beliau mempunyai badan yang kuat dan hebat dalam berlawan. Beliau merupakan pakcik yang penyayang kepada Ali.

Ali secara tidak sengaja menjadi ejen MATA selepas menggunakan Infinity Retinal Intelligent System (IRIS), sebuah alat prototaip dicipta oleh MATA, yang mana dikawal dengan isyarat otak membolehkan pemakai untuk melakukan aksi yang diaturcarakan oleh komputer, tetapi menggunakan tenaga pemakai untuk berfungsi. IRIS sudah diselaraskan untuk Ali, jadi hanya Ali sahaja yang mampu memakainya.


Tonton Online Ejen Ali Episod 1 - Misi : IRIS

Ejen Ali Episod 01 - Misi : IRIS (Bhg 1)

Ejen Ali Episod 01 - Misi : IRIS (Bhg 2)

Ejen Ali Episod 01 - Misi : IRIS (Bhg 3)
Share:
0 Blogger Comments

0 comments:

Fanpage Facebook

ADVERTISEMENT

Theme Taglines

Kejayaan tidak sukar. Banyak masa kita sabotaj diri sendiri saat laluan kejayaan sudah terbentang luas.

Hal yang paling menusuk bukanlah kepermergian seseorang itu. Tetapi kerana dia telah meninggalkan sesuatu di dalam jiwa kita sama ada manis atau pahit.
 
close